Wednesday, June 10, 2009

satu - yang terakhir

hari terakhir saya tiada dikelilingi pelajar. Hari terakhir saya hanyalah mengemas tadika sebagai hari persediaan parents-teacher's day.

Hari terakhir juga simptom penyakit saya mulalah menunjukkan diri. Seminggu saya sakit terlantar sahaja tak larat nak bangun.

Akhirnya, saya berhenti juga kerja. Terima kasih kepada owner tadika yang menghadiahkan kami jam tangan terhebat itu. Terharu :)

terima kasih banyak-banyak untuk pengalaman tiada nilai ini.

Thursday, May 28, 2009

dua - goodbye

good bye kids, teacher iqa love you. Have a great holiday. Enjoy your holiday. Enjoy Enjoy. Terima kasih semua kerana menjadikan kerja sambilan saya sebagai the most fun and interesting things i've ever done. Terima kasih banyak-banyak.





yesss, im working tomorrow. aiyaa, sekarang dah lah dalam mood cuti tiba-tiba kena kerja esok, siap kena kerja hari sabtu. Tapi saya ada hal lain untuk dilaksanakan sabtu, jadi terpaksa menolak tawaran bekerja hari sabtu.

Maaf, tidak larat untuk menaip panjang. Kepala terlalu berat. Pening mungkin kesan daripada tangisan ketika memeluk mereka-mereka yang tersayang. Mungkin.

Wednesday, May 27, 2009

tiga

tiga ke dua ke, entah lah. i'm lost. Iya, saya tidak tahu sama ada hari jumaat kerja atau tidak. Dah lah, tak kesah pasal tu.

Esok , hari terakhir saya bersama mereka yang disayangi. HARI TERAKHIR. Cepat kan masa berlalu.

Melihat pelajar kesayangan kurang sihat adalah sangat mendebarkan. Mungkin sekarang saya ada perasaan seperti seorang ibu walaupun saya tidak pernah melahirkan anak, tapi saya sedikit sebanyak telah mengenali apa erti cinta dengan mereka yang berstatus anak . Tak kesah lah anak kandung/anak tiri/anak angkat/anak didik. Saya tahu macam mana manisnya menjadi ibu . Melihat anak membesar menjadi bijak dan lebih bijak setiap hari. Melayan kerenah anak-anak, lagi-lagi kalau yang banyak cakap nak cerita " teacher, nanti mak long saya datang rumah/ teacher, semalam saya makan ais krim" . Kelakar kan, cerita makan ais krim pun nak diceritakan kepada teacher. Tapi saya tahu , mereka sedang belajar komunikasi. Walaupun tidak sempat melayan setiap seorang anak, tapi saya rasa saya sudah cukup mengenali mereka. Saya tahu sama ada dia gembira/suka/duka/lapar/nak pergi toilet. Mungkin sekarang saya lebih memahami.

"kakak!! eh teacher!! bye!!," ujar seorang murid kesayangan sebelum pulang menaiki van sekolah.

Apabila anak didikan melabelkan saya sebagai "kakak", mata berkaca. Rasa dihargai dan disayangi dan rasa lebih dekat dengan mereka. Banyak kali dia tersasul, mungkin saya ada iras-iras kakak kandungnya, mungkin.

Pengalaman saya ini mengajar saya susah payah mendidik seorang anak. Bukan mudah, saya faham. Sekarang saya boleh handle mereka yang muntah secara tiba-tiba. Kalau dahulu, siapa muntah sahaja, saya panggil bibik. Tapi sekarang, saya boleh kemaskan/bersihkan muntah tersebut tanpa meminta pertolongan daripada siapa-siapa. Menggosok belakang anak yang sedang muntah untuk melegakan sedikit kesakitannya. Menyapu minyak, semua saya boleh. Kalau dahulu, saya yang mahu muntah sekali.

Terima kasih Allah, kerana memberi saya peluang mengenal erti cinta terhadap anak walaupun saya belum layak untuk bergelar ibu. Terima Kasih YA ALLAH.

Kawan-kawan , doakan saya tabah menghadapi hari esok. Doakan saya tabah memberi kucupan dan pelukan terakhir kepada anak-anak kesayangan saya. Doakan saya supaya saya mampu menahan mata daripada berkaca. Doakan saya supaya saya mampu mengeluarkan imej RIANG dari pagi sehingga semuanya selesai esok. Doakan saya. tolong.

Kids, if you're reading this in another 10 years more, i want you guys to know that I always love you, ALWAYS. be a good muslimin and muslimah. Teacher iqa will always pray for you, kids. I L-O-V-E YOU. teacher iqa sayang semua.

Monday, May 25, 2009

empat

memandu ke kedai secret recipe. *amalina yang memandu, bukan saya

saya : nak order one whole chocolate indulgence's cake.

lelaki : okay kejap. (memanggil rakan lain)

perempuan : (mengarahkan saya duduk)

perempuan : indulgence ya? esok? pukul berapa?

saya : 1.30

perempuan : okay, tulis nama , phone number , message

saya : MESSAGE?nak tulis apa ni

amalina : humph. tak akan nak tulis "GOOD BYE TEACHER IQA AND TEACHER AMALINA"

saya : (agaklah macam kejam gila sedih gila nak tulis macam tu)

amalina : tak payah tulis apa-apa lah.

saya : OKAY

perempuan : (memberi resit tanpa mengatakan thank you)

saya : baiklah (chow)

*baru tahu hari jumaat ini hari cuti tadika. T_T, bermakna hanya tinggal 2 hari sahaja bersama mereka. iya , bukan lagi 30 hari terakhir, SEKARANG, 29 hari terakhir. T_T

lima

hari ini hari isnin terakhir di tadika. tiada lagi menu nasi goreng yang digoreng oleh kak yati selepas ini. bangkit dari kesedaran. inilah realiti kehidupan.

Friday, May 22, 2009

enam

terlalu malas mahu mengambil gambar.

iya, hari ini dapat :

1.cupcakes teacher's day yang di buat oleh ibu kepada students kami di tadika.
2.PARTY PACK BABEEYHH. the most fun part, comel betul.

Saya pula rajin pegi kumpul semua beg plastik party pack yang comel-comel seperti gambar spiderman dan barbie. nanti boleh bawa ke uitm dan ditampalkan di dinding sebagai sumber insipirasi . okay merepek, kesian bakal roommate nanti perlu lihat gambar spiderman dan barbie di dinding setiap hari.

kalau ada masa, saya upload. GILA PEMALAS SEKARANG, banyak sangat kerja (tiada kena mengena dengan tadika).

Thursday, May 21, 2009

tujuh

sebelum saya menamatkan perkhidmatan saya di tadika, saya sempat melalui proses peperiksaan untuk pelajar-pelajar tadika. Ternyata, bukan mudah.

Masa menjadi begitu singkat. Rasa macam berapa minit sahaja, padahal dah ber-jam jam. Tengok-tengok, masa untuk pulang. TSK T_T, hari ni tak peluk cium anak-anak junior 1 pun. Yang saki baki tak balik lagi sahaja sempat lah dipeluk dan dicium.