Thursday, April 30, 2009

sebagai seorang guru memang tidak boleh ada perasaan benci terhadap anak murid

Tetapi, hari ini hati saya terguris. Setelah sedaya upaya menjadi seorang guru yang sentiasa menerima segala KERENAH adik-adik dengan tabahnya, akhirnya saya jatuh merudum hari ini. TEACHER IQA KALAH SEBENTAR.

Saya mengarahkan kelas junior menyiapkan tugasan mereka. Biasalah BISING memang dah menjadi lumrah. Dah beberapa kali saya tegur. MASIH LAGI BISING. kerja tak siap-siap. Teacher iqa tak tahan lagi. Saya mengambil keputusan KONON menulis nama mereka yang bising di papan putih. Disebabkan mereka tidak lagi boleh membaca , saya pun menulis lah nama saya sendiri "SYAFIQAH".

Okay, semua dah gerun. SEMUA FIKIR. nama siapalah tu yang teacher iqa tulis. Semua diam. Tetapi, tidak bagi pelajar perempuan seorang ini. MAKIN LAMA MAKIN BISING. dah beberapa kali ditegur buat tak kesah je. Saya bertindak. MENULIS NAMANYA DI PAPAN PUTIH. KONON nama siapa yang ditulis di papan putih tidak akan dibenarkan pulang ke rumah.

OKAY, bukan dia mahu diam atau meminta maaf. MALAH LAGI LAH DIA MENCABAR KESABARAN SAYA.

"eee, teacher iqa ni mengada-ngadalah"

BERJUTA KALI DIA MENYEBUT AYAT TERSEBUT. saya tabah. Mungkin ini dugaan. Saya tabah lalu berkata.

"haa, cakap lah lagi. EEE, mengada lah teacher iqa ni, TAK SUKA LAH TEACHER IQA NI, CAKAP LAH LAGI. CAKAP SEMUA. TEACHER nak dengar"

pelajar tersebut diam sebentar.

beberapa saat kemudian, dia sambung kembali mengutuk saya di depan saya.

HATI MANA TIDAK TERGURIS. tapi saya dengan kadar segeranya MENAMPAL GURISAN DI HATI SAYA TERSEBUT. Tak nak jadi guru yang tidak berkati anak murid. TAK MAHU. saya cuba menjadi seikhlas mungkin. saya diam dan memandangnya. Mencuba menghilangkan kemarahan dengan senyuman. Dia masih lagi menjeling.

YA ALLAH, kau bantulah aku.

Saya lemah ketika itu. terlalu lemah.

Tapi saya tabahkan hati. Ketika pelajar tersebut mahu menghantar tugasan kepada saya. SAYA TERUS MENDAKAP NYA. memeluknya dengan erat dan membisikkan beberapa ayat di telinga. MEMBISIKKAN NASIHAT.

duapuluhdua

Hari ini saya mengambil alih kelas teacher dila. Dia sedang MC.

Inilah peluangnya menjadi guru sebenar mengajar mereka secara spontan tanpa lesson plan.

Masuk sahaja ke dalam kelas,

"YEAY, hari ini teacher iqa ajar"

OH MEREKA INGAT SAYA TAK GARANG LAH TU.

Okay, masa banyak diluangkan dengan pelbagai aktiviti. I EVEN READ CERITA HANTU RAYA FOR THEM TAHU. Tapi ini cerita kanak-kanak yang hanya untuk pengajaran semata-mata.

Bila saya mahu membacakan cerita ikan duyung, SEMUA LELAKI DAH TUNJUK MUKA EGO SEMACAM dan berkata ,

"EEE, teacher, I DONT LIKE THIS STORY LAH"

sebaliknya, pelajar perempuan begitu tekun mendengar cerita si ikan duyung ini.

Itu kelas JUNIOR 6.

Beralih pula ke kelas senior. HAIYA, kelas senior ni semua kerja dah siap. Segala perkataan PETER AND JANE dah tahu. APA PERLU BUAT NI? T_T

CERITA LAGI. BAGI SINI BUKU CERITA ,TEACHER IQA CERITAKAN. Diselang-seli dengan menyemak ayat hafazan mereka iaitu surah YASIN.

Bila tiba masa REHAT pula, semua gembira tahap maksima .semua mahu makan cepat supaya boleh bermain di playground dengan cepat.

Selepas rehat, perlu memasuki kelas junior. Mereka yang berumur 5 tahun. OKAY SATU JAM BERSAMA MEREKA. saya suruh buat maths dan bercerita dan bermain kotak beracun. HAHA. siapa dapat kotak beracun harus menyanyi.

KOTAK BERACUN IALAH PEMADAM. :)

teacher iqa : danish, teacher iqa cakap apa?
danish : (TERUS BUAT2 SENYUM)
teacher iqa : tahu tak, kalau kita senyum, dapat pahala. Tak nak lah masam-masam tak comel.
danish : (ANGGUK-ANGGUK sambil SENYUM, senyumannya semakin lebar)
teacher iqa : lepas ni kalau teacher iqa dah tak ada, danish kena ingat SENYUM selalu tau.
danish : teacher iqa nak pegi mana?
teacher iqa : teacher iqa nak pegi sekolah juga, nak belajar dekat universiti.
danish : HABIS TU SIAPA LAGI ADA DEKAT SINI?
teacher iqa : ramai lagi teacher-teacher lain ada. Teacher iqa je tak ada nanti.
danish : (terus peluk sambil angguk-angguk seperti mengatakan okay)

Wednesday, April 29, 2009

sebab mengapa lawatan sambil belajar adalah penting

ZOO NEGARA, BAIKLAH ZOO NEGARA. Lawatan sambil belajar ke zoo negara tadika pensilteacher.blogspot.com .

Perasaan janggal memakai kasut berwarna merah jambu ADALAH ZERO SEMATA-MATA apabila bersama mereka. INILAH MASANYA MEMAKAI KASUT MERAH JAMBU MENYERLAH. Tidak akan kelihatan janggal kerana hampir 90% pelajar wanita eh pelajar perempuan memakai warna kasut yang sama iaitu merah jambu. CAKAP JE LAH COMEL.

Berpeluang melihat reaksi muka adik-adik melihat segala benda jenis haiwan termasuk khinzir tetapi harus didiamkan bagi mengelakkan KETERLEBIHAN keterujaan adik-adik. Kepada pihak zoo negara, anda perlu baca ini.

Pelajar : EH, burung ni lagi. TAK ADA KE BINATANG LAIN?
iya, pelajar tersebut mengajukan kepada burung bangau(lebih kurang bangau mungkin). SILA TAMBAH BURUNG LAIN PULA UNTUK DUDUK BERTENGGEK DI TEPI TASIK.



Berpeluang menaiki bas tercomel di dunia. OKAY DI MALAYSIA CUKUP LAH. SUMPAH COMEL. lebih-lebih lagi warna merah jambu lembut yang teramat comel dan sangat comel. BAS COMEL INI DISEDIAKAN DALAM PELBAGAI WARNA PELANGI. DAH TERANG-TERANG LAH SAYA YANG MENGAMBIL GAMBAR BERMAKNA SAYA MENAIKI BAS BERWARNA BIRU TAPI SANGAT CEMBURU DENGAN MEREKA YANG MENAIKI BAS BERWARNA MERAH JAMBU.

Bas ini begitu comel sehingga menarik perhatian semua orang .
Pejalan kaki : EHHHH, COMEL GILA WARNA PINK.

ternyata comel.
Berpeluang memakai kasut KROCS sama tapi beza bersama amalina.
Berpeluang menaiki BAS SEKOLAH BERHAWA DINGIN pergi dan balik. TERUJA BETUL NAIK BAS. TERNYATA, PERJALANAN KE DESTINASI ADALAH LEBIH SERONOK DARIPADA DESTINASI YANG DITUJUI ITU SENDIRI.

TERBUKTI BENAR APABILA MELIHAT PELBAGAI AKSI DAN GAYA adik-adik kepenatan lalu ketiduran di dalam bas. TERNYATA MEMORI TERINDAH. Lebih-lebih lagi melihat haziq yang sedang mengunyah sausages di dalam mulut. SEBELUM TELAN KE DALAM PERUT, TERUS KETIDURAN. IYA, tidur ketika sausages masih di dalam mulut. Apabila dikejutkan, HAZIQ MENGUNYAH KEMBALI SAUSAGES DI DALAM MULUT. YA ALLAH, rindu betul haziq sekarang ni.

duapuluhtiga

hari ini hari rabu. hari seronok.

KELAS MEMASAK.

Ya Allah comel betul melihat mereka memakai apron memakai topi memasak. Ya Allah, teruja nya mereka tak sabar-sabar mahu memulakan kelas memasak.

Kalau lah bawa kamera... OKAY TAK BAWA. tapi bawa camera di kepala. Harap otak boleh simpan segalanya yang berlaku hari ini.

Pukul 12, setelah jelly mula mengeras dan menjadi. MULA LAH OPERASI MENGHIAS. Menghias menggunakan sprinkles.

"teacher, kenapa hari ni tak belajar?"

HAIH,budak. Orang suruh belajar, nak main. Orang suruh masak nak belajar. BUDAK.

Tuesday, April 28, 2009

duapuluhempat

hari ini hari penat. Jam seakan-akan tak bergerak langsung hanya berhenti dan membiarkan saya membuat kerja dalam waktu ketika masa berhenti. LAMA BETUL RASA.

Seperti biasa, di pagi hari saya harus ke subang jaya mengajar mereka-mereka di subang jaya yang kurang ramainya daripada shah alam. Senggugut membisa menemani saya hari ini.

Pukul 12 baru saya dapat tahu saya diarahkan untuk pulang pukul 4 petang. OKAY, saya terima setakat nak mengajar seorang budak sahaja bolehlah.

Pukul 1 sudah sampai di shah alam. 1.30 telah mula sesi mengajar JAWI,MATH,ENGLISH,SCIENCE. Sehingga pukul 4 dengan diselangi rehat pukul 2.30 hingga 2.45. UGH, dah tak larat. Hanya berharap jam dipercepatkan sehingga pukul 4 supaya boleh pulang ke rumah.

Pukul 4, mesyuarat masih lagi dijalankan. Kak yati,pembantu rumah, keluar menghantar dan mengiringi budak-budak ke kelas renang. Tiada yang ditugaskan menjaga mereka-mereka si DAYCARE. Amalina dan saya jadilah mangsa.

YA ALLAH, betapa penatnya hari ini.

Pukul 5 baru dibenarkan pulang bersama gaji yang ke empat.

Esok sesi masak-memasak. harap lancar dan seronok.

Monday, April 27, 2009

duapuluhlima

hari ini kerja saya memerhati. KETIKA WAKTU BEREHAT DAN BERSANTAI SERTA BERMAIN TOYS DI RUANG TAMU. Niat mahu turut sama bermain toys dengan mereka seperti setiap kali setiap hari terpaksa dibatalkan. TERPAKSA kerana senggugut yang membisa.

Saya duduk. MEMERHATI.

Di sudut sana, kelihatan sofea jefry bersama alisya sedang berlakon menjadi kak ima,pembantu rumah, mengemop lantai dengan munggunakan lego yang dibuatkan seperti mop MODEN. Kreatif.

Di sudut sana pula, kelihatan syakirah, si pendiam yang hanya SENYUM DENGAN SAYA SEORANG SAHAJA , TAK PERNAH NAK SENYUM DENGAN TEACHER LAIN MAHUPUN RAKAN SEPERJUANGAN YANG LAIN. Biasalah, si pendiam memang kebanyakkannya menghabiskan masa seorang diri di satu-satu sudut. Menghabiskan masa bermain permainan yang saya kurang pasti apa namanya. Tetapi masih lagi mahu menegur saya mengajak saya bermain sama.

Di sudut sana, kelihatan eiian johan bersama ahmad dan juga danish sedang asyik berlakon seperti juru cakap untuk PERLAWANAN BOLA SEPAK. di mana, tiada siapa pun yang bermain bola sepak, HANYA EIIAN JOHAN YANG BERLAGAK SEPERTI SEORANG PENARI HANDALAN. breakdance paling power saya cakap.

Di sudut sini pula, budak-budak manja. Manja betul asyik nak berkepit dengan teacher. Segala benda cerita apa yang berlaku sabtu,ahad,pagi tadi, dan semuanya PERLU DICERITA. sebagai seorang teacher, harus lah mendengar walaupun tahu dah jalan cerita dia macam mana , ending juga terus tahu dah.

Seronok jadi budak.

Diskusi hari yang ke duapuluhlima terakhir,

Teacher : EH TEACHER DULU SUKA SAILORMOON SANGAT-SANGAT.
syakirah dan syahirah : (KOSONG)
Teacher : TAHU TAK SAILORMOON TU APA?
syakirah dan syahirah : TAK. sailormoon tu apa teacher?
Teacher : um, dia macam POWER RANGERS, tapi dia semua girls and pakai skirt. RAMBUT SEMUA LAWA-LAWA.

Friday, April 24, 2009

duapuluhenam

DUA PULUH ENAM? maknanya tinggal dua puluh lima hari sahaja lagi. TOLAK SABTU AHAD. KALAU TOLAK CUTI 1MEI dah tinggal 24 hari sahaja lagi.

Kenapa mesti ada saja budak yang ingat dan tahu akan pemergian saya kelak.

"TEACHER! sekolah baru teacher tu dkt mana?"

ADUHAI.

Hari ini mahu cerita. Dahulu masa kecil-kecil , memang teringin mahu adik KECIL. sebab beza adik saya sekarang hanya 2 tahun sahaja.

Tiba-tiba Allah makbulkan permintaan saya dengan memberi adik baru. Adik yang comel, gebu,manja, penyayang.
Allah kurniakan saya adik seramai 40+80 (lebih kurang). HAMEK KAU SYAFIQAH. NAK SANGAT ADIK. KAN DAH DAPAT.

bersyukur sangat.

Sekarang saya lebih menghabiskan masa di MEJA DI RUANG TAMU TINGKAT ATAS. MEJA TU MACAM DAH ADA NAMA. "meja teacher iqa". saya akan panggil sorang-sorang untuk mengajar one-to-one segala apa subjek.

Tapi ada je yang tak suka keluar kelas. Mesti monyok sahaja muka. Lepas tu bila saya tanya kenapa monyok je, dia jawab.

"nak belajar dalam kelas"

"nak colour dalam kelas"

ADUHAI ADIK KU. Nasib baik saya bijak konon. Saya suruh dia janji untuk meluangkan sedikit masa selepas rehat (masa bermain) untuk belajar bersama saya. OKAY BERJAYA dia BERJANJI dan dia TUNAIKAN janjinya.

BAGUS.

Thursday, April 23, 2009

duapuluhtujuh

Bukan senang nak jadi seorang guru tadika. ANDA FIKIR SENANG LAH NAK AJAR A B C DAN 1 2 3 dekat budak 5tahun? Belum cuba belum tahu.

BUKTI?

Tadika sedang mencari guru baru. Lalu, datanglah seorang ini untuk ditemuduga. OKAY SELEPAS LULUS TEMUDUGA DAN TERIMA JUMLAH GAJI SEDIA ADA, beliau pun hadirkan diri di hari yang pertama. (HARI PERTAMA SELALU DATANG JENGUK-JENGUK TENGOK MACAM MANA GURU LAIN AJAR, TEKNIK, SEGALA.)

Tak sampai satu minit saya melihat wajah nya. KEESOKAN HARI NYA DIA DAH TIADA.

KERANA TERLALU RAMAI BUDAK. SEDIKIT GERUN. MUNGKIN. entah, saya pun kurang pasti apakah punca sebenar.

OKAY CERITA LAIN. sebagai seorang guru, PERLU membuat persediaan YANG AWAL. Disebabkan di dalam lesson plan telah menetapkan bahawa art and craft untuk minggu hadapan adalah COOKING. Jadi, terpaksa lah perah otak segala untuk menjadi sekretif mungkin. sebab cikgu lain nak letak jelly dalam tupperware 30sen tu je . HUMPH.

menu of the day . JELLY.

So, I was thinking of doing something like this .
Berbekalkan barang-barang sedia ada di dalam rumah. Saya cuba melakukannya. Tetapi, jelly beans di dalam gambar di atas ditukarkan kepada AGAR-AGAR.

OKAY MISI GAGAL. EKSPERIMEN GAGAL. perlu keluarkan idea lain.T_T

Sejak bekerja ini, saya lebih mudah bergaul dengan mereka yang lebih tua daripada saya. IYA LAH, selama ini kalau nak berborak dengan mereka-mereka yang berumur 40-60 tahun, mesti tak tahu nak keluarkan topik apa. Tetapi sekarang , berbeza.

Nak berborak dengan pembantu rumah pun sudah berkualiti. KAK IMA BAIK BETUL. MESTI CHECK SAYA DAH MAKAN KE BELUM SEBAB SAYA SUKA TAK MAKAN.

Sekarang saya lebih banyak terima senyuman daripada adik-adik didikan. Mereka terlalu baik. Saya marah pun mereka boleh tersenyum. Ya Allah, adik-adik ku. Teacher iqa senantiasa doakan semua supaya berjaya dalam hidup. HARAP-HARAP TAK LUPAKAN TEACHER IQA SAMPAI BILA-BILA. harap-harap.

diskusi seketika.ketika saya sedang siapkan kerja pagi tadi , najihah dan sofea jeffrey datang menemani.

teacher : nanti lagi duapuluhtujuh hari, teacher dah tak ada dekat sini tau
najihah : KENAPA?
teacher : teacher pun nak masuk sekolah juga
sofea j : teacher nak masuk sekolah mana?
teacher : sekolah universiti.
sofea j : (BLANK)
najihah : OH SEKOLAH TU!! saya pernah sekolah dekat situ dulu

Wednesday, April 22, 2009

duapuluhlapan

YA ALLAH, MEREKA MACAM SENGAJA JE BUAT SAYA SAYANG MEREKA LEBIH SEKARANG. KENAPA? SENGAJA TAK NAK BAGI SAYA BERHENTI KERJA.

*mengeluh*

Sampai sahaja ke tadika subang jaya, SAYA MELANGKAH MASUK TADIKA LAMBAT SIKIT UNTUK MEMBUKA KASUT PINK KROKS YANG TERNYATA MENYUSAHKAN SEDIKIT TAPI RM10, TAK APA SUSAH SUSAH SIKIT BOLEH BAWA PEGI UITM KALAU DAPAT MASUK, DAN TAK ADA ORANG MAHU CURI. KALAU ADA YANG MAHU CURI PUN SAYA TAK ADALAH RASA BERSALAH SANGAT.

Hari ini memang terasa mahu pakai jubah hitam yang mama beli di mekah dan juga tudung selendang biru elektrik berharga rm10 juga. sebab niat lepas kerja mahu ke metrojaya warehouse sale untuk mencari baldi polka dot yang amalina nak sangat untuk membasuh baju nanti di uitm.

Melangkah sahaja masuk ke dalam tadika, SEMUA STUDENTS MEMANDANG.

"TEACHER!!! CANTIK NYA HARI NI TEACHER!!"

"EH SELAMA NI TEACHER TAK CANTIK KE?"

"(semua terus memeluk saya dengan erat)"

THE THINGS I LEARNED FROM SUBANG JAYA, NO MATTER HOW GARANG THE TEACHER IS, THE CHILDREN WILL ALWAYS LOVE THE GARANG TEACHER BACK. Sebelum balik, harus peluk cium setiap teacher dahulu. WALAUPUN SALAM
CIUM TANGAN PAKAI DAGU PASTU KENA TEGUR BARU NAK CIUM TANGAN PAKAI BIBIR.

Hari ini art and craft. SAYA SELALU LETAKKAN HARI RABU SEBAGAI HARI GEMBIRA SUKA RIA TIADA MARAH-MARAH TIADA SAKIT HATI SEGALA. Hari untuk berseronok. MEMANG SERONOK. WALAUPUN MEWARNA GAMBAR LORI DAN JUGA LORI BOMBA DENGAN WARNA AIR MENGGUNAKAN BERUS SAHAJA.eh dan juga kelas komputer.

Ada suatu ketika, ketika saya sedang sibuk mengemas perkakas-perkakas yang mereka gunakan untuk art and craft, tiba-tiba kelihatan Nazmi.

He's SUCH A BABY and comel semestinya. I hugged him. Dan terus mahu dukung. Pastu dia macam tak suka BUAT MUKA SURUH LETAK BALIK. FINE T_T . Tiba-tiba, datang danish terus memeluk saya. YA ALLAH MEMANG TERHARU.

DANISH, pelajar pandai tapi PENDIAM SANGAT. Peluang untuk melihat dia senyum adalah sangat tipis. LAGILAH NAK PELUK APA SEGALA BENDA TU.

I TERUS DUKUNG DIA DAN DANISH PELUK ME LIKE A BABY KUAT GILA. PASTU NAZMI CEMBURU PEGI PELUK KAKI SAYA. SOFEA MASTOR PULA CEMBURU, SAMA NAK PELUK JUGA.

(SAYA SELALU MARAH DANISH SEBAB TAK SUKA SENYUM. SELAGI DIA TAK SENYUM ,SELAGI ITU LAH SAYA TIDAK MAHU AJAR DIA. Sekarang, dia sudah faham. SETIAP KALI JUMPA SAYA MESTI DIA BUAT-BUAT SENYUM WALAUPUN KURANG IKHLAS SENYUMANNYA, TAPI ADA LESUNG PIPIT. YA ALLAH, COMEL BETUL ANAK PILOT INI)

Selepas rehat, mereka diberi peluang bermain di playground.

TEACHER IQA AJAK MEREKA BERMAIN BULAT KECIL BULAT BESAR DATANG SEORANG PUTERI. EH TERUJA I ! MEREKA MACAM SERONOK BETUL . SEMUA MAIN BERSUNGGUH-SUNGGUH. TAK MACAM SHAH ALAM , ASYIK NAK GADUH SAHAJA SIAPA MAHU JADI PUTERI. OH MY, SAYA RINDU PELAJAR SHAH ALAM SANGAT SEKARANG. SANGAT!

OKAY BILA DAH HABIS MASA DI PLAYGROUND, SEMUA MACAM NAK MAIN LAGI TAPI TEACHER IQA TAK KASI SURUH MASUK JUGA SEBAB NAK SAMBUNG BELAJAR.

(teacher iqa dah janji nak main lagi next time)

Masuk ke kelas senior. DENGAN MEREKA SENANG SAHAJA, SURUH BUAT KERJA MEREKA BUAT. KIRA DENGAR CAKAP. BAGUS, senang kerja.

Ketika saya yang menjaga kelas tersebut, gelak ketawa tidak pernah hilang.

"teacher iqa ni kelakar lah"

"EH TEACHER IQA NI MACAM KAKAK SAYA SUKA CAKAP YES YES YES NO NO NO NO YES NO YES YES NO NO NO"

Memang tak sah lah kalau tiada satu orang buat bising dalam kelas satu hari. MACAM PERKARA WAJIB SAMPAI KE SEKOLAH MENENGAH SAMPAI KE UNIVERSITI MUNGKIN.

Tadi, di kelas senior , mereka buat bising. LALU SAYA BERKATA

teacher iqa: class! keep quiet, do your work.(bercakap dengan penuh lemah lembut)
students : (gelak gigil, eh giggling. KONON TEACHER BUAT LAWAK)
teacher iqa: NAK TEACHER MARAH KE? HARI INI TEACHER DAH BAIK DAH. TAK MARAH-MARAH PUN. NAK TEACHER MARAH KE? (bebel, bebel dan bebel)
students : (GIGGLING)
teacher iqa:( MASIH BEBEL)
students : (GIGGLING)
teacher iqa : (MASIH LAGI MEMBEBEL BANYAK BETUL PANJANG BETUL MACAM CAKAP SORANG SORANG JE)
students : (GIGGLING)
teacher iqa : EH KENAPA TEACHER IQA NI BEBEL BANYAK SANGAT NI?
students : ENTAH TEACHER NI.
teacher iqa :(TIBA-TIBA RASA DIRI INI DAH TUA SEBAB SUKA MEMBEBEL LEBIH DARIPADA BIASA T_T)



Ketika menemani syakirah dan juga syahirah makan tengahari.

"NAMA TEACHER, SYAFIQAH"

"EH MANA ADA!!! NAMA TEACHER , TEACHER IQA"

"IYA LAH, TAPI NAMA PANJANG NAMA PENUH TEACHER , SYAFIQAH"

"ISH, TEACHER IQA NI TIPULAH"

"T_T"

"HABIS TU NAMA TEACHER, IQA SYAFIQAH?"

"HAA, LEBIH KURANG"

Tuesday, April 21, 2009

duapuluhsembilan

iya, saya tanpa berfikiran panjang telah menghapuskan blog ini semalam. Tiba-tiba rasa mahu buka kembali sebab terfikir mahu dijadikan blog ini sebagai blog kenangan. Kenangan bersama mereka yang tersayang.

Perhatian , blog ini memang ditulis macam diari. Macam diari harian orang bercinta. KEMUNGKINAN GELI ADALAH BESAR.

Pagi tadi hujan. Comel je memandu di dalam gerimis. DI DALAM KESESAKAN LALU LINTAS. Sampai sahaja di subang jaya, kelihatan pelajar-pelajar sedang bersiap sedia menunaikan ibadah solat sunat dhuha.

Sekarang tiba-tiba sayang ANIS lebih. Ntah, dia belakangan ini baik benar terhadap saya.

Nazmi sekarang dah dengar cakap, Sofea mastor juga sudah boleh menerima arahan.

Najihah tak datang, kurang sikit riuhnya.

Saya memang tak boleh masuk ke kelas junior 6. Nak tergelak sahaja. NAK MARAH PUN SUSAH. sebab mereka terlalu comel dan suka sangat gelak ketawa. LAGI DI MARAH LAGI GELAK LAGI MEMBUATKAN SAYA TIDAK MARAH. EH SENGAJA YA MEREKA.

Masa dihabiskan hari ini dengan membuat ujian bertulis dan lisan bersama junior mengenai alphabet. Junior 6 dan Seniors , sudah semestinya peter and jane.

Biasalah, ciuman di pipi memang setiap hari dapat. GEMBIRA BETUL. cemburulah kamu semua.

Pada petangnya pula, saya dan amalina ke kolam renang berdekatan untuk melihat pelajar-pelajar shah alam mengikuti kelas renang. PERGH SEKARANG ADA YANG DAH BOLEH SWIMMING TEMPAT KOLAM DALAM. BAGUS! BOLEH MASUK OLIMPIK TERUS.

hanya melihat mereka gembira, telah membuat saya gembira. BETUL, tak pernah tipu. KALAU SAKIT MACAM MANA PUN BILA DENGAR GELAK KETAWA MEREKA, terus sakit tu kurang sedikit. Kadang-kadang lupa terus sakit buat seketika.


esok ART AND CRAFT. PAINTING! comel

Monday, April 20, 2009

tigapuluh

Saya akan menamatkan perkhidmatan saya di tadika sebagai teacher's assistant hujung bulan lima ini kerana niat sambung belajar.

Hari ini, hari isnin. Ramai yang tidak hadir. Biasalah, dah menjadi adat budak-budak cuti sabtu ahad isnin sekali gus.

Hari ini mereka belajar dan menulis huruf q dan juga r. suka tengok mereka. comel.
Mereka juga belajar mengeja KA, KI dan KU.

Lompat katak, lompat ke arah kipas.

Sungguh comel.

Masa saya dihabiskan dengan menajamkan pensil-pensil dan juga pensil warna mereka. Tak suka tengok mereka menajamkan pensil ketika di dalam kelas. membuang masa sahaja. Dan membuatkan kelas bersepah.

Pagi tadi, amalina kejutkan saya dengan hon kereta viva hijau. INGATKAN STALKER MANA ENTAH. thanks for the ride . :)