Thursday, April 30, 2009

duapuluhdua

Hari ini saya mengambil alih kelas teacher dila. Dia sedang MC.

Inilah peluangnya menjadi guru sebenar mengajar mereka secara spontan tanpa lesson plan.

Masuk sahaja ke dalam kelas,

"YEAY, hari ini teacher iqa ajar"

OH MEREKA INGAT SAYA TAK GARANG LAH TU.

Okay, masa banyak diluangkan dengan pelbagai aktiviti. I EVEN READ CERITA HANTU RAYA FOR THEM TAHU. Tapi ini cerita kanak-kanak yang hanya untuk pengajaran semata-mata.

Bila saya mahu membacakan cerita ikan duyung, SEMUA LELAKI DAH TUNJUK MUKA EGO SEMACAM dan berkata ,

"EEE, teacher, I DONT LIKE THIS STORY LAH"

sebaliknya, pelajar perempuan begitu tekun mendengar cerita si ikan duyung ini.

Itu kelas JUNIOR 6.

Beralih pula ke kelas senior. HAIYA, kelas senior ni semua kerja dah siap. Segala perkataan PETER AND JANE dah tahu. APA PERLU BUAT NI? T_T

CERITA LAGI. BAGI SINI BUKU CERITA ,TEACHER IQA CERITAKAN. Diselang-seli dengan menyemak ayat hafazan mereka iaitu surah YASIN.

Bila tiba masa REHAT pula, semua gembira tahap maksima .semua mahu makan cepat supaya boleh bermain di playground dengan cepat.

Selepas rehat, perlu memasuki kelas junior. Mereka yang berumur 5 tahun. OKAY SATU JAM BERSAMA MEREKA. saya suruh buat maths dan bercerita dan bermain kotak beracun. HAHA. siapa dapat kotak beracun harus menyanyi.

KOTAK BERACUN IALAH PEMADAM. :)

teacher iqa : danish, teacher iqa cakap apa?
danish : (TERUS BUAT2 SENYUM)
teacher iqa : tahu tak, kalau kita senyum, dapat pahala. Tak nak lah masam-masam tak comel.
danish : (ANGGUK-ANGGUK sambil SENYUM, senyumannya semakin lebar)
teacher iqa : lepas ni kalau teacher iqa dah tak ada, danish kena ingat SENYUM selalu tau.
danish : teacher iqa nak pegi mana?
teacher iqa : teacher iqa nak pegi sekolah juga, nak belajar dekat universiti.
danish : HABIS TU SIAPA LAGI ADA DEKAT SINI?
teacher iqa : ramai lagi teacher-teacher lain ada. Teacher iqa je tak ada nanti.
danish : (terus peluk sambil angguk-angguk seperti mengatakan okay)

No comments:

Post a Comment