Thursday, April 23, 2009

duapuluhtujuh

Bukan senang nak jadi seorang guru tadika. ANDA FIKIR SENANG LAH NAK AJAR A B C DAN 1 2 3 dekat budak 5tahun? Belum cuba belum tahu.

BUKTI?

Tadika sedang mencari guru baru. Lalu, datanglah seorang ini untuk ditemuduga. OKAY SELEPAS LULUS TEMUDUGA DAN TERIMA JUMLAH GAJI SEDIA ADA, beliau pun hadirkan diri di hari yang pertama. (HARI PERTAMA SELALU DATANG JENGUK-JENGUK TENGOK MACAM MANA GURU LAIN AJAR, TEKNIK, SEGALA.)

Tak sampai satu minit saya melihat wajah nya. KEESOKAN HARI NYA DIA DAH TIADA.

KERANA TERLALU RAMAI BUDAK. SEDIKIT GERUN. MUNGKIN. entah, saya pun kurang pasti apakah punca sebenar.

OKAY CERITA LAIN. sebagai seorang guru, PERLU membuat persediaan YANG AWAL. Disebabkan di dalam lesson plan telah menetapkan bahawa art and craft untuk minggu hadapan adalah COOKING. Jadi, terpaksa lah perah otak segala untuk menjadi sekretif mungkin. sebab cikgu lain nak letak jelly dalam tupperware 30sen tu je . HUMPH.

menu of the day . JELLY.

So, I was thinking of doing something like this .
Berbekalkan barang-barang sedia ada di dalam rumah. Saya cuba melakukannya. Tetapi, jelly beans di dalam gambar di atas ditukarkan kepada AGAR-AGAR.

OKAY MISI GAGAL. EKSPERIMEN GAGAL. perlu keluarkan idea lain.T_T

Sejak bekerja ini, saya lebih mudah bergaul dengan mereka yang lebih tua daripada saya. IYA LAH, selama ini kalau nak berborak dengan mereka-mereka yang berumur 40-60 tahun, mesti tak tahu nak keluarkan topik apa. Tetapi sekarang , berbeza.

Nak berborak dengan pembantu rumah pun sudah berkualiti. KAK IMA BAIK BETUL. MESTI CHECK SAYA DAH MAKAN KE BELUM SEBAB SAYA SUKA TAK MAKAN.

Sekarang saya lebih banyak terima senyuman daripada adik-adik didikan. Mereka terlalu baik. Saya marah pun mereka boleh tersenyum. Ya Allah, adik-adik ku. Teacher iqa senantiasa doakan semua supaya berjaya dalam hidup. HARAP-HARAP TAK LUPAKAN TEACHER IQA SAMPAI BILA-BILA. harap-harap.

diskusi seketika.ketika saya sedang siapkan kerja pagi tadi , najihah dan sofea jeffrey datang menemani.

teacher : nanti lagi duapuluhtujuh hari, teacher dah tak ada dekat sini tau
najihah : KENAPA?
teacher : teacher pun nak masuk sekolah juga
sofea j : teacher nak masuk sekolah mana?
teacher : sekolah universiti.
sofea j : (BLANK)
najihah : OH SEKOLAH TU!! saya pernah sekolah dekat situ dulu

3 comments:

NH said...

hoho. pika suke buat macham2. dulu buat kek batik.
skrg buat aa lagi. awak kan mabeles dalam bab ni xD

encik H said...

wakakakkakaka.. cool gile 5taun da pnah g uni..

Ali Amir Razali said...

hahahahaha xD
ada albert einstien rupenye tadika nih ;p

Post a Comment