Wednesday, April 29, 2009

sebab mengapa lawatan sambil belajar adalah penting

ZOO NEGARA, BAIKLAH ZOO NEGARA. Lawatan sambil belajar ke zoo negara tadika pensilteacher.blogspot.com .

Perasaan janggal memakai kasut berwarna merah jambu ADALAH ZERO SEMATA-MATA apabila bersama mereka. INILAH MASANYA MEMAKAI KASUT MERAH JAMBU MENYERLAH. Tidak akan kelihatan janggal kerana hampir 90% pelajar wanita eh pelajar perempuan memakai warna kasut yang sama iaitu merah jambu. CAKAP JE LAH COMEL.

Berpeluang melihat reaksi muka adik-adik melihat segala benda jenis haiwan termasuk khinzir tetapi harus didiamkan bagi mengelakkan KETERLEBIHAN keterujaan adik-adik. Kepada pihak zoo negara, anda perlu baca ini.

Pelajar : EH, burung ni lagi. TAK ADA KE BINATANG LAIN?
iya, pelajar tersebut mengajukan kepada burung bangau(lebih kurang bangau mungkin). SILA TAMBAH BURUNG LAIN PULA UNTUK DUDUK BERTENGGEK DI TEPI TASIK.



Berpeluang menaiki bas tercomel di dunia. OKAY DI MALAYSIA CUKUP LAH. SUMPAH COMEL. lebih-lebih lagi warna merah jambu lembut yang teramat comel dan sangat comel. BAS COMEL INI DISEDIAKAN DALAM PELBAGAI WARNA PELANGI. DAH TERANG-TERANG LAH SAYA YANG MENGAMBIL GAMBAR BERMAKNA SAYA MENAIKI BAS BERWARNA BIRU TAPI SANGAT CEMBURU DENGAN MEREKA YANG MENAIKI BAS BERWARNA MERAH JAMBU.

Bas ini begitu comel sehingga menarik perhatian semua orang .
Pejalan kaki : EHHHH, COMEL GILA WARNA PINK.

ternyata comel.
Berpeluang memakai kasut KROCS sama tapi beza bersama amalina.
Berpeluang menaiki BAS SEKOLAH BERHAWA DINGIN pergi dan balik. TERUJA BETUL NAIK BAS. TERNYATA, PERJALANAN KE DESTINASI ADALAH LEBIH SERONOK DARIPADA DESTINASI YANG DITUJUI ITU SENDIRI.

TERBUKTI BENAR APABILA MELIHAT PELBAGAI AKSI DAN GAYA adik-adik kepenatan lalu ketiduran di dalam bas. TERNYATA MEMORI TERINDAH. Lebih-lebih lagi melihat haziq yang sedang mengunyah sausages di dalam mulut. SEBELUM TELAN KE DALAM PERUT, TERUS KETIDURAN. IYA, tidur ketika sausages masih di dalam mulut. Apabila dikejutkan, HAZIQ MENGUNYAH KEMBALI SAUSAGES DI DALAM MULUT. YA ALLAH, rindu betul haziq sekarang ni.

1 comment:

Just you,me,us ("___") said...

nota seorang guru..tiada nilai di mata namun dikenang hingga ke akhirnye ;)

Post a Comment