Thursday, May 28, 2009

dua - goodbye

good bye kids, teacher iqa love you. Have a great holiday. Enjoy your holiday. Enjoy Enjoy. Terima kasih semua kerana menjadikan kerja sambilan saya sebagai the most fun and interesting things i've ever done. Terima kasih banyak-banyak.





yesss, im working tomorrow. aiyaa, sekarang dah lah dalam mood cuti tiba-tiba kena kerja esok, siap kena kerja hari sabtu. Tapi saya ada hal lain untuk dilaksanakan sabtu, jadi terpaksa menolak tawaran bekerja hari sabtu.

Maaf, tidak larat untuk menaip panjang. Kepala terlalu berat. Pening mungkin kesan daripada tangisan ketika memeluk mereka-mereka yang tersayang. Mungkin.

Wednesday, May 27, 2009

tiga

tiga ke dua ke, entah lah. i'm lost. Iya, saya tidak tahu sama ada hari jumaat kerja atau tidak. Dah lah, tak kesah pasal tu.

Esok , hari terakhir saya bersama mereka yang disayangi. HARI TERAKHIR. Cepat kan masa berlalu.

Melihat pelajar kesayangan kurang sihat adalah sangat mendebarkan. Mungkin sekarang saya ada perasaan seperti seorang ibu walaupun saya tidak pernah melahirkan anak, tapi saya sedikit sebanyak telah mengenali apa erti cinta dengan mereka yang berstatus anak . Tak kesah lah anak kandung/anak tiri/anak angkat/anak didik. Saya tahu macam mana manisnya menjadi ibu . Melihat anak membesar menjadi bijak dan lebih bijak setiap hari. Melayan kerenah anak-anak, lagi-lagi kalau yang banyak cakap nak cerita " teacher, nanti mak long saya datang rumah/ teacher, semalam saya makan ais krim" . Kelakar kan, cerita makan ais krim pun nak diceritakan kepada teacher. Tapi saya tahu , mereka sedang belajar komunikasi. Walaupun tidak sempat melayan setiap seorang anak, tapi saya rasa saya sudah cukup mengenali mereka. Saya tahu sama ada dia gembira/suka/duka/lapar/nak pergi toilet. Mungkin sekarang saya lebih memahami.

"kakak!! eh teacher!! bye!!," ujar seorang murid kesayangan sebelum pulang menaiki van sekolah.

Apabila anak didikan melabelkan saya sebagai "kakak", mata berkaca. Rasa dihargai dan disayangi dan rasa lebih dekat dengan mereka. Banyak kali dia tersasul, mungkin saya ada iras-iras kakak kandungnya, mungkin.

Pengalaman saya ini mengajar saya susah payah mendidik seorang anak. Bukan mudah, saya faham. Sekarang saya boleh handle mereka yang muntah secara tiba-tiba. Kalau dahulu, siapa muntah sahaja, saya panggil bibik. Tapi sekarang, saya boleh kemaskan/bersihkan muntah tersebut tanpa meminta pertolongan daripada siapa-siapa. Menggosok belakang anak yang sedang muntah untuk melegakan sedikit kesakitannya. Menyapu minyak, semua saya boleh. Kalau dahulu, saya yang mahu muntah sekali.

Terima kasih Allah, kerana memberi saya peluang mengenal erti cinta terhadap anak walaupun saya belum layak untuk bergelar ibu. Terima Kasih YA ALLAH.

Kawan-kawan , doakan saya tabah menghadapi hari esok. Doakan saya tabah memberi kucupan dan pelukan terakhir kepada anak-anak kesayangan saya. Doakan saya supaya saya mampu menahan mata daripada berkaca. Doakan saya supaya saya mampu mengeluarkan imej RIANG dari pagi sehingga semuanya selesai esok. Doakan saya. tolong.

Kids, if you're reading this in another 10 years more, i want you guys to know that I always love you, ALWAYS. be a good muslimin and muslimah. Teacher iqa will always pray for you, kids. I L-O-V-E YOU. teacher iqa sayang semua.

Monday, May 25, 2009

empat

memandu ke kedai secret recipe. *amalina yang memandu, bukan saya

saya : nak order one whole chocolate indulgence's cake.

lelaki : okay kejap. (memanggil rakan lain)

perempuan : (mengarahkan saya duduk)

perempuan : indulgence ya? esok? pukul berapa?

saya : 1.30

perempuan : okay, tulis nama , phone number , message

saya : MESSAGE?nak tulis apa ni

amalina : humph. tak akan nak tulis "GOOD BYE TEACHER IQA AND TEACHER AMALINA"

saya : (agaklah macam kejam gila sedih gila nak tulis macam tu)

amalina : tak payah tulis apa-apa lah.

saya : OKAY

perempuan : (memberi resit tanpa mengatakan thank you)

saya : baiklah (chow)

*baru tahu hari jumaat ini hari cuti tadika. T_T, bermakna hanya tinggal 2 hari sahaja bersama mereka. iya , bukan lagi 30 hari terakhir, SEKARANG, 29 hari terakhir. T_T

lima

hari ini hari isnin terakhir di tadika. tiada lagi menu nasi goreng yang digoreng oleh kak yati selepas ini. bangkit dari kesedaran. inilah realiti kehidupan.

Friday, May 22, 2009

enam

terlalu malas mahu mengambil gambar.

iya, hari ini dapat :

1.cupcakes teacher's day yang di buat oleh ibu kepada students kami di tadika.
2.PARTY PACK BABEEYHH. the most fun part, comel betul.

Saya pula rajin pegi kumpul semua beg plastik party pack yang comel-comel seperti gambar spiderman dan barbie. nanti boleh bawa ke uitm dan ditampalkan di dinding sebagai sumber insipirasi . okay merepek, kesian bakal roommate nanti perlu lihat gambar spiderman dan barbie di dinding setiap hari.

kalau ada masa, saya upload. GILA PEMALAS SEKARANG, banyak sangat kerja (tiada kena mengena dengan tadika).

Thursday, May 21, 2009

tujuh

sebelum saya menamatkan perkhidmatan saya di tadika, saya sempat melalui proses peperiksaan untuk pelajar-pelajar tadika. Ternyata, bukan mudah.

Masa menjadi begitu singkat. Rasa macam berapa minit sahaja, padahal dah ber-jam jam. Tengok-tengok, masa untuk pulang. TSK T_T, hari ni tak peluk cium anak-anak junior 1 pun. Yang saki baki tak balik lagi sahaja sempat lah dipeluk dan dicium.


Wednesday, May 20, 2009

lapan



iya, masih lagi . tak perlu pun nak cemburu.

teacher : lagi 7 hari, teacher dah tak ada dah dekat sini tau
pelajar : kenapa?

teacher : teacher nak pergi sekolah juga.

selepas rehat,

pelajar : teacher, sini sekejap. saya nak cakap dengan teacher (ceh, dia ni memang suka panggil saya PERSONALLY suruh datang dekat meja dia lepas tu cakap macam bisik-bisik. Padahal tiada rahsia pun)
teacher : kenapa?
pelajar : teacher, kalau teacher nak cuti 7 hari tak boleh.
teacher : kenapa pula?
pelajar : sebab lama sangat teacher.
teacher : teacher bukan nak cuti 7 hari. Tapi lagi 7 hari (ajar dia mengira untill seven) , teacher dah tak ada dekat sini.
pelajar : (diam)
pelajar : kalau teacher nak cuti, teacher boleh cuti satu hari sahaja.
teacher : (haih, budak ni tak faham ke kan teacher lagi 7 hari teacher dah tak ada)
pelajar : sebab nanti macam mana saya nak jumpa teacher.
teacher : (diam)

Tuesday, May 19, 2009

sembilan

kau sedar tak syafiqah? tinggal 8 hari je lagi. YA SAYA SEDAR! terima kasih kerana ingatkan. T_T . Aina, guru yang mengajar IQRA' yang juga sebaya dengan saya telah pun mengharungi harinya yang terakhir di tadika pada hari ini.

PERGH KAU AINA, tak beritahu pun hari ni hari terakhir. Tiba-tiba je principal peluk cium siap panggil nama kau kuat-kuat masa kau nak balik. Aku ingat apa lah tadi. RUPA-RUPANYA... tak apa, aku masih simpan gambar kita bersama di dalam kereta menuju rumah selepas menghadirkan diri ke kenduri kahwin awal bulan ini. SIMPAN.

masih lagi dalam mood hari guru.

Monday, May 18, 2009

sepuluh




sudah memadai. i love you kids.

Friday, May 15, 2009

sebelas

terkejut beruk. OKAY TAK, SEPATUTNYA TERKEJUT MONYET.

"Teacher, MONKEY!! MONKEY!!"

"monkey? (biar betul budak2 ni, mana ada hutan dekat sini macam mana boleh ada wujudnya monkey di tengah-tengah bandar ini dengan kesibukan perkahwinan artis popular di halaman tadika yang akan dilangsungkan esok dekat pa.. dah diam too much info tapi dekat situ banyak pokok-pokok banyak be... dah dah dah diam)"

"Ada monkey tadi, tadi dia duduk dekat tingkap. Saya tengok monkey tu , monkey tu tengok saya (gelak kecil) "

Comel betul melihat keterujaan mereka kan.

Iya, memang ada monkey. Entah, ada orang pelihara kot, amalina siap buat lawak lagi

"entah-entah monkey tu yang bagi ring untuk kahwin esok kot"

kalau betul.............eh diam.sebab monkey tu siap buat stunts power-power di khemah yang didirikan untuk perkahwinan esok. tapi tadi orang buat tempat letak kereta. VAN POWER ROOT JUGA ADA UNTUK MELETAKKAN KENDERAAN MEREKA DI SITU. eh banyak lah syafiqah ni nak bercerita, tahu lah dapat jemputan, tak payah lah nak kecoh-kecoh.

Wednesday, May 13, 2009

duabelas

notis berhenti kerja telah pun disubmitkan tadi.Tinggal menunggu hujung bulan untuk menamatkan perkhidmatan pekerjaan di tadika ini.

Cikgu-cikgu tadika mendapat kad jemputan daripada penyanyi dan pelakon tanah air yang akan melaksanakan perkahwinannya ahad ini.

Masih lagi mengalami kesakitan pertumbuhan gigi baru.


tigabelas

percaya atau tidak, pertumbuhan gigi baru ini sangat menganggu emosi seseorang. Mengalahkan perempuan yang datang haid.

T_T, sakit amat. tak terkata.

hari ini art and craft. Cop menggunakan kentang. okay macam comel gila gantung hasil karya adik-adik di pagar menggunakan penyepit baju.

pelajar : teacher , meh saya kiss pipi teacher 5 kali, nanti tak sakit dah gigi teacher.

Mana lah saya tak berat hati nak tinggalkan junior one.

Tuesday, May 12, 2009

empatbelas

teacher : teacher iqa sakit gigi.

kenyataan teacher iqa di atas dibalas dengan pelbagai reaksi oleh pelajar-pelajar.

pelajar 1 : teacher, nanti ikut ayah saya pegi klinik gigi ya.
pelajar 2 : (usap2 kepala nak usap rambut tak boleh sebab teacher pakai tudung)
pelajar 3 : teacher cabut je gigi tu
pelajar 4 : (kiss pipi)
pelajar 5 : sian teacher iqa
pelajar 6 : kenapa sakit? teacher tak gosok gigi ke?
pelajar 7 : saya sayang teacher iqa (eh tak pasal-pasal)

Monday, May 11, 2009

limabelas

gambar apa yang berada di kertas dinding(wallpaper) handphone anda?
seseorang

adakah seseorang itu lelaki atau perempuan?
lelaki

adakah anda menyayangi seseorang tersebut dengan sepenuh hati anda?
IYA, teramat

bagaimana anda meluahkan kasih sayang anda terhadapnya?
dengan memeluknya dan berkata "i love you"

adakah dia juga menyayangi anda?
mungkin, kerana saya pernah bertanya sama ada dia menyayangi saya atau tidak, dan dia jawab IYA, sudah lebih 10 kali dia menjawab IYA DIA SAYANG SAYA AMAT.

sifat aneh seseorang itu?
cerewet makan

adakah anda orang pertama yang dicari ketika dia menghadapi masalah?
mungkin

dia kekasih anda?
tidak

dia teman anda?
tidak

dia abang atau adik anda?
tidak

dia saudara anda?
tidak

habis tu, dia siapa? penat dah nak bertanya ni.
dia lah, pelajar kesayangan saya.

iya, hanya dia seorang sahaja jejaka yang berjaya saya tempatkan gambarnya di wallpaper handphone saya. EH HANYA DIA SEORANG SAHAJA YANG PERNAH ADA TERPAMPANG DI WALLPAPER SAYA. sebelum ni letak gambar sendiri. T_T okay dah tak letak dah gambar sendiri, macam menggelikan dan menjengkelkan betul.



Friday, May 8, 2009

enambelas

Seronok betul hari ini. For once, i felt like a kid again. EH MEMANG SETIAP HARI KERJA DI TADIKA RASA MACAM DIRI INI SEPERTI BUDAK KECIL.seronok tak terhingga.

Seperti yang dijanjikan. Lawatan luar kampus, eh luar tadika telah dilaksanakan tadi. Kebetulan, tadika ini memang berdekatan dengan padang bola sepak+playground+taman rekreasi. Taman untuk AWAM.

Kami pun berjalan kaki untuk ke sana. YA ALLAH COMEL BETUL RAMAI-RAMAI JALAN KAKI PERGI PADANG. Semua kereta stop melihat kecomelan kami. MEMANG LAH TERPAKSA STOP, TAK KAN NAK LANGGAR JE KAMI YANG COMEL.

Pendidikan jasmani dilaksanakan di padang. Seronok benar bermain di playground yang ada buaian yang boleh muat diri saya. Kalau dekat tadika, buaian kecil untuk budak kecil kalau saya naik boleh putus. Selalu kecewa tak dapat main di tadika.

DENGAN INI SECARA RASMINYA SAYA MENGUMUMKAN. Saya suka sangat jongkang-jongkit atau lebih dikenali sebagai see-saw. DAH LAH SEE-SAW DEKAT SITU ADA YANG BESAR PUNYA. Boleh muat ramai-ramai. satu seat masuk je dua orang sekali gus.HAHAHA. teacher ika sibuk je nak main sama. Kempunan. Suka tengok gelak ketawa mereka berlari-lari walaupun PANAS. tak apa panas pagi adalah vitamin.

"teacher, JOM LAH MAIN SWING. JOM LAH JOM LAH! "

HAHA, sayang nya mereka.

Selepas penat bermain di playground. Junior one belajar peter and jane di bawah rimbunan pokok dengan angin kadang-kadang tiup sepoi-sepoi. CEMBURU BETUL. Dulu saya masa tadika tak ada pun belajar dekat open air. Seronok. TERAMAT.

Sesi pembelajaran dan pengajaran dalam suasana berkelah adalah yang terbaik! telah mendapat jaminan saya. :)

Thursday, May 7, 2009

tujuhbelas

"teacher iqa janganlah pergi lagi eh lepas ni"

"teacher ika kene sekolah sini, duduk sini je tau. Nanti macam mana nak pandai"

Eh budak-budak ni. Untuk melembutkan hati saya terus menjawab.

"okay, teacher ika duduk sini lagi 17 hari okay"

"ye ke teacher ika? "

"iya"

"yeay"

tujuh belas hari tu macam lama sangat mungkin bagi mereka. Tak apa, tak apa. Oh iya, Tidak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan.

"exam tu ape teacher?"
"peperiksaan"
"peperiksaan tu apa teacher?"

Esok kami akan mengadakan lawatan kecil-kecilan. HAHA. nantikan.

Tengah memikirkan hadiah terbaik untuk pelajar-pelajar sebagai kenang-kenangan sebelum meninggalkan tadika. Sila berikan idea yang bernas jikalau ada.

soalan comel hari ni.

"teacher iqa bila nak kahwin?"

Wednesday, May 6, 2009

lapanbelas

Hari ibu akan menjelang. Biasalah, KAD HARI IBU sahaja yang kami laksanakan untuk art and craft minggu ini.

"teacher, ni nak bagi dkt mama ke?"

"iya"

Comel betul.


Pelajar : teacher, saya sayang teacher.
teacher : ya ke?
pelajar : iya, tapi kalau teacher naughty-naughty, saya tak nak sayang teacher.

MACAM MANA LAH KALAU SAYA TAK RINDU MEREKA INI NANTI.

Tuesday, May 5, 2009

sembilanbelas

baiklah, Tidak sama sekali. Saya gagal untuk berhenti kerja. Kalau dikirakan, tinggal 18 hari sahaja saya akan berkhidmat di tadika . Jadi tidak mengapa, saya teruskan. Habiskan segala apa yang patut.

Baru ingat hari ini hari terakhir. Dah sebak. Sekali tak jadi berhenti.

pelajar 1 : teacher iqa duduk sini sampai bila?
teacher : kejap lagi teacher iqa baliklah. esok teacher iqa dah tak datang dah
pelajar 1 : kenapa?
teacher : teacher iqa dah tak keje sini dah
pelajar 1 : kenapa?
teacher : (diam)

pelajar 2 : teacher!
teacher : iya sayang.
pelajar 2 : teacher dengar ni
teacher : okay, apa dia?
pelajar 2 : (mengeja dengan nada ejaan tadika) i-k-a, IKA!! (sengih panjang)
teacher : HUH APA DIA ? (kurang percaya apa yang didengar, rasa mahu gosok telinga)
pelajar 2 : i-k-a , TEACHER IKA!!
teacher : (hanya mampu tersengih gembira dan memeluknya) Pandainya eja nama teacher.
pelajar 2 : (senyum)

Untuk makluman, pelajar 2 hanya berusia 5 tahun. DIA MEMBUAT HARI SAYA GEMBIRA dan juga semua pelajar di shah alam. Iya, saya tidak lagi berkhidmat di subang jaya.

Monday, May 4, 2009

duapuluh

Betapa lemah nya saya hari ini . terlalu lemah.

Iya, saya dibuli di tempat kerja. Pada mulanya saya diamkan aja. DIAM dan terus DIAM.

sudah lah, blog ini seperti akan berhenti separuh jalan kerana saya terlalu mahu amat berhenti kerja esok. Mengharap esok adalah hari terakhir . Tak kesah lah gaji tu, janji saya tidak lagi bersama DIA si pembuli.

Sunday, May 3, 2009

duapuluhsatu

cuti hari pekerja dan juga majlis perkahwinan rakan setugas yang merupakan salah seorang guru tadika tempat saya bekerja.

Hari cuti, tiada apa boleh ditulis mengenai tadika.

20 hari sahaja lagi.