iya, masih lagi . tak perlu pun nak cemburu.
teacher : lagi 7 hari, teacher dah tak ada dah dekat sini tau
pelajar : kenapa?
teacher : teacher nak pergi sekolah juga.
selepas rehat,
pelajar : teacher, sini sekejap. saya nak cakap dengan teacher (ceh, dia ni memang suka panggil saya PERSONALLY suruh datang dekat meja dia lepas tu cakap macam bisik-bisik. Padahal tiada rahsia pun)
teacher : kenapa?
pelajar : teacher, kalau teacher nak cuti 7 hari tak boleh.
teacher : kenapa pula?
pelajar : sebab lama sangat teacher.
teacher : teacher bukan nak cuti 7 hari. Tapi lagi 7 hari (ajar dia mengira untill seven) , teacher dah tak ada dekat sini.
pelajar : (diam)
pelajar : kalau teacher nak cuti, teacher boleh cuti satu hari sahaja.
teacher : (haih, budak ni tak faham ke kan teacher lagi 7 hari teacher dah tak ada)
pelajar : sebab nanti macam mana saya nak jumpa teacher.
teacher : (diam)

No comments:
Post a Comment