Tuesday, May 5, 2009

sembilanbelas

baiklah, Tidak sama sekali. Saya gagal untuk berhenti kerja. Kalau dikirakan, tinggal 18 hari sahaja saya akan berkhidmat di tadika . Jadi tidak mengapa, saya teruskan. Habiskan segala apa yang patut.

Baru ingat hari ini hari terakhir. Dah sebak. Sekali tak jadi berhenti.

pelajar 1 : teacher iqa duduk sini sampai bila?
teacher : kejap lagi teacher iqa baliklah. esok teacher iqa dah tak datang dah
pelajar 1 : kenapa?
teacher : teacher iqa dah tak keje sini dah
pelajar 1 : kenapa?
teacher : (diam)

pelajar 2 : teacher!
teacher : iya sayang.
pelajar 2 : teacher dengar ni
teacher : okay, apa dia?
pelajar 2 : (mengeja dengan nada ejaan tadika) i-k-a, IKA!! (sengih panjang)
teacher : HUH APA DIA ? (kurang percaya apa yang didengar, rasa mahu gosok telinga)
pelajar 2 : i-k-a , TEACHER IKA!!
teacher : (hanya mampu tersengih gembira dan memeluknya) Pandainya eja nama teacher.
pelajar 2 : (senyum)

Untuk makluman, pelajar 2 hanya berusia 5 tahun. DIA MEMBUAT HARI SAYA GEMBIRA dan juga semua pelajar di shah alam. Iya, saya tidak lagi berkhidmat di subang jaya.

No comments:

Post a Comment