tiga ke dua ke, entah lah. i'm lost. Iya, saya tidak tahu sama ada hari jumaat kerja atau tidak. Dah lah, tak kesah pasal tu.
Esok , hari terakhir saya bersama mereka yang disayangi. HARI TERAKHIR. Cepat kan masa berlalu.
Melihat pelajar kesayangan kurang sihat adalah sangat mendebarkan. Mungkin sekarang saya ada perasaan seperti seorang ibu walaupun saya tidak pernah melahirkan anak, tapi saya sedikit sebanyak telah mengenali apa erti cinta dengan mereka yang berstatus anak . Tak kesah lah anak kandung/anak tiri/anak angkat/anak didik. Saya tahu macam mana manisnya menjadi ibu . Melihat anak membesar menjadi bijak dan lebih bijak setiap hari. Melayan kerenah anak-anak, lagi-lagi kalau yang banyak cakap nak cerita " teacher, nanti mak long saya datang rumah/ teacher, semalam saya makan ais krim" . Kelakar kan, cerita makan ais krim pun nak diceritakan kepada teacher. Tapi saya tahu , mereka sedang belajar komunikasi. Walaupun tidak sempat melayan setiap seorang anak, tapi saya rasa saya sudah cukup mengenali mereka. Saya tahu sama ada dia gembira/suka/duka/lapar/nak pergi toilet. Mungkin sekarang saya lebih memahami.
"kakak!! eh teacher!! bye!!," ujar seorang murid kesayangan sebelum pulang menaiki van sekolah.
Apabila anak didikan melabelkan saya sebagai "kakak", mata berkaca. Rasa dihargai dan disayangi dan rasa lebih dekat dengan mereka. Banyak kali dia tersasul, mungkin saya ada iras-iras kakak kandungnya, mungkin.
Pengalaman saya ini mengajar saya susah payah mendidik seorang anak. Bukan mudah, saya faham. Sekarang saya boleh handle mereka yang muntah secara tiba-tiba. Kalau dahulu, siapa muntah sahaja, saya panggil bibik. Tapi sekarang, saya boleh kemaskan/bersihkan muntah tersebut tanpa meminta pertolongan daripada siapa-siapa. Menggosok belakang anak yang sedang muntah untuk melegakan sedikit kesakitannya. Menyapu minyak, semua saya boleh. Kalau dahulu, saya yang mahu muntah sekali.
Terima kasih Allah, kerana memberi saya peluang mengenal erti cinta terhadap anak walaupun saya belum layak untuk bergelar ibu. Terima Kasih YA ALLAH.
Kawan-kawan , doakan saya tabah menghadapi hari esok. Doakan saya tabah memberi kucupan dan pelukan terakhir kepada anak-anak kesayangan saya. Doakan saya supaya saya mampu menahan mata daripada berkaca. Doakan saya supaya saya mampu mengeluarkan imej RIANG dari pagi sehingga semuanya selesai esok. Doakan saya. tolong.
Kids, if you're reading this in another 10 years more, i want you guys to know that I always love you, ALWAYS. be a good muslimin and muslimah. Teacher iqa will always pray for you, kids. I L-O-V-E YOU. teacher iqa sayang semua.

No comments:
Post a Comment