Thursday, May 7, 2009

tujuhbelas

"teacher iqa janganlah pergi lagi eh lepas ni"

"teacher ika kene sekolah sini, duduk sini je tau. Nanti macam mana nak pandai"

Eh budak-budak ni. Untuk melembutkan hati saya terus menjawab.

"okay, teacher ika duduk sini lagi 17 hari okay"

"ye ke teacher ika? "

"iya"

"yeay"

tujuh belas hari tu macam lama sangat mungkin bagi mereka. Tak apa, tak apa. Oh iya, Tidak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan.

"exam tu ape teacher?"
"peperiksaan"
"peperiksaan tu apa teacher?"

Esok kami akan mengadakan lawatan kecil-kecilan. HAHA. nantikan.

Tengah memikirkan hadiah terbaik untuk pelajar-pelajar sebagai kenang-kenangan sebelum meninggalkan tadika. Sila berikan idea yang bernas jikalau ada.

soalan comel hari ni.

"teacher iqa bila nak kahwin?"

No comments:

Post a Comment